Sahabat Yang Terchenta

Thursday 3 November 2011

P/S: Buat Insan Yang Mementingkan Erti Persahabatan



Sekadar renungan...
Menyentuh perasaan...

Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar.
Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap
dgnnya keesokan harinya.



Dia senyum kepadamu.
Sebaliknya kamu mengetap gigimu kpdnya.
Dia menceritakan perkara yg baik tentang kamu
kpd kwan2nya yg lain.
 



Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya.
Dia cuba mendekatimu dan menegurmu.
Tapi kamu tolaknya ke tepi.

Baginya kamu seorg kawan yg terbaik.
Kamu pula rasa dia seorg kawan
yg paling teruk pernah kamu jumpa.

Dia pun menulis nota kpdmu dan
menceritakan semula kenangan manis
yg pernah kamu dan dia kongsi bersama.
Kamu pula menulis semua saat buruk
yg kamu ingat sepanjang bersamanya.

Jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya.
Tapi di hatimu sudah penuh dgn kebencian.

Keesokan harinya kamu jumpa satu nota drpdnya:

 
*******************************************************
Dear Kamu,

Saya cuba memberitahu kamu semlm tapi kamu tak beri peluang utk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut utk mendengarnya. Saya cuba utk senyum kpdmu tapi kamu sambut senyuman saya dgn kebencian.  Skrg ni keadaan saya sgt teruk dan makin teruk. Saya minta maaf sbb hari ni saya tak dpt berjumpa dgn kamu. Saya tulis surat semasa saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Saya minta maaf sbb terpaksa beritahu kamu skrg. Saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu mmg seorg kawan yg hebat. Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu.

Salam kasih & sayang,
               Saya
*********************************************************
Kamu pun berlari ke hospital utk meminta maaf pdnya.
Tapi hanya ibunya saje yg ada di situ.
Ibunya menekap mukanya dgn kedua belah tgnnya.
Dan dia pun menangis.
Dia melutut dan berdoa supaya tuhan kembalikan
anaknya.

Kamu sudah terlambat.
Kamu berharap dpt beritahu kawanmu yg kamu minta maaf dan ucapkan selamat tinggal.
**************************************************************

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



PENGAJARANNYA:

Semua kawan ada masa naik dan turun.

Dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. 
Jgn tunggu org lain melakukannya dulu.
Sbb kamu takkan tahu ape akan terjadi esok hari.

~ XOXO ~

1 comment:

  1. syg semua kawan2 sy,harap persahabatan sy bersama kawan2 kekal selamanya tanpa ada selisih faham atau pergaduhan,aminnnn~

    ReplyDelete

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)