Sahabat Yang Terchenta

Friday 2 December 2011

Rara Zikry 04 oct 1988 - 01 dis 2011. AL-FATIHAH



Hari ni ramai yang bercerita tentang Rara Zikry,di twitter,facebook,blog. Zarith Nadhira, mungkin ramai yang dah tau kisah dia. Seorang gadis yang cantik dan sempurna ciptaan ALLAH ni. Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma, hidup beliau terus bertukar. Rara yang lahir pada 4 oct 1988 adalah student Lim Kok Wing course interior design. Siapa dapat menyangkal kuasa ALLAH bila menetapkan sesuatu untuk terjadi, walau dalam usia yang muda.


Betapa hebat ujian yang Allah s.w.t berikan kepada arwah. Tapi arwah tetap survive sehingga arwah dijemput oleh Allah s.w.t. Tragedi ini mengajar kita erti bersyukur dengan lebih mendalam kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik. Allah s.w.t Maha Berkuasa untuk menentukan takdir kita. 



Pada waktu ini, hanya doa yang mampu mengiringi dia. Al-Fatihah buat Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri . Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang2 yang beriman. AMIN~


Ya ALLAH, aku bersyukur kerana masih berdiri dibumiMU ini.

No comments:

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)