Sahabat Yang Terchenta

Friday 24 February 2012

Al-Fatihah Buat Arwah Adik Faris Yang Telah Pergi Buat Selamanya

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui menggenai adik Faris Nur Daniel, 6 tahun. Siapa n sebab apa arwah meninggal.

Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah.



Gambar arwah ketika sihat
Salinan dari hospital

Berikut antara luahan hati bapa kepada arwah Faris ketika terlantar di hospital;

'Ya Allah, kuat dan tenangkanlah hati kami. Kalau betul dia untuk ku, percepatkan segala urusan yang baik. Sekiranya, dia bukan untukku, maka redhailah hatiku dengan ketentuan Mu. Aku tahu, Engkau akan memberikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba Mu ini. Engkau yang menentukannya'



Gambar arwah ketika sakit
 Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini. Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.

"Hari pertama Faris dimasukkan ke hospital, ibunya macam hendak pitam. Pada mulanya saya ingatkan kerana dia terlalu kepenatan. Setelah diperiksa oleh doktor, isteri saya disahkan mengandung dua bulan," tambah bapa arwah pada 22 Feb 2012. Allah maha adil. diberiNya penganti bagi yang pergi. Allahuakhbar.

"Jika Allah lebih sayangkan Faris, saya reda dan rela berbanding melihat keadaan dia sekarang, menderita kesakitan. Doktor melaporkan, paru paru Faris sudah tidak mampu mengembang dan mengempis secara sempurna manakala seperti Mazidul tengok dua hari lalu, hanya 48% daripada udara dari mesin oksigen masuk ke dalam tubuhnya"

Dan inilah petikan dari blog Jam 10:22 PG;

SMS dr bapa arwah;
"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'

Terima kepada yang banyak membantu.
Al-Fatihah buat arwah Faris Nur Daniel.

Kredit to http://www.mazidulakmal.com

1 comment:

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)