Sahabat Yang Terchenta

Wednesday 4 January 2012

NUR AMALINA CHE BAKRI SI GENIUS


:   Nur Amalina Che Bakri merupakan  anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL.

:   Nur Amalina Che Bakri  mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.

:   Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan dan bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

:   Nur Amalina Che Bakri  belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Amalina sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

:   Kejayaan Nur Amalina Che Bakri   dalam peperiksaan SPM 2004 dan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat dia  minati. Pengajian Nur Amalina Che Bakri  dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

  Nur amalina che bakri  merupakan pelajar yang mencipta rekod dalam pendidikan negara apabila memperolehi 17 A1 dalam peperiksaan SPM,dan dia kemudian ditaja Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom.


Suara Amalina



 * semoga kejayaan mengiringimu pulang ke malaysia nanti.. Insyaallah~

1 comment:

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)