Sahabat Yang Terchenta

Friday 24 February 2012

Cinta Yusry & Lisa


Tahniah buat  Yusry yang telah sah bergelar suami  pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed yang diadakan di Hotel Marriot, selepas solat Isyak lebih kurang pukul 9 malam, Khamis.  

Yusry & Lisa diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.Majlis pernikahan Yusry & Lisa dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
 
Lisa Surihani menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin, wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Dalam pada itu, Lisa menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.


No comments:

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)