Sahabat Yang Terchenta

Tuesday, 7 February 2012

Pelik.. Pelik..



Ni mmg cerita agak pelik mengenai seorang remaja perempuan Noraini 17 dari Kelantan yang boleh bercakap Mandarin & Korea dengan fasih lepas dia terlibat dalam kemalangan pada 13 Januari. Dan pastinya korang tgk berita ni tadi kan? (Buletin utama 8pm) .


Kebolehan luar biasa yg berlaku lepas 4 hari dia terbabit dalam kemalangan bila motosikal yg dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.


Lepas koma 11 jam di ICU Hospital USM Kubang Kerian, doktor membuat imbasan di kepalanya dan mendapati ada darah beku, kemudian doktor membuat imbasan kali kedua dan doktor terkejut sebab mendapati tiada darah beku lagi.



Mungkin ni antara keajaiban dan kekuasaan Allah yang nak ditunjukkan, mana kita tahu kan. Lagi pelik bila tiba hari keempat Noriani terjaga dari tidur dan meminta air dari ibunya dalam bahasa Korea.
Ade yg phm????
Menurut doktor berbangsa cina, Noraini boleh menyebut nombor dalam bahasa cina dengan betul. Sampai doktor tu terkejut sebab belum jumpa kes semenjak bertugas selama 17 tahun.
Noraini hanya mampu bercakap bahasa korea atau mandarin hanya lepas dia tidur semula iaitu lepas subuh dan bangun. Jika dia tidak tidur selepas subuh, dia tak akan mampu bercakap dalam bahasa asing itu. Pelik kan..maksudnya ada twist dalam otak dia lepas dia bangun tidur lepas subuh.
Ha ni lg xngerti,wuhuuu~

2 comments:

  1. memang pelik gile,sy pun tgk buletin td.hehe

    ReplyDelete
  2. memang pelik, maybe sama kes ngan cerita 49 day kot hek hek.. manalah tahu ada roh yang menumpang badan dia kan..

    ReplyDelete

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)