Sahabat Yang Terchenta

Friday 4 November 2011

Mimpi Itu Hanya Tuhan Yang Tahu. Tapi......


21:16 :: Aku terjaga dari mimpi,aku terus terbangun dan termenung. Hari ini apatah yg aku rasa penat,dari balik kerja aku terus terlelap sehinggalah jam 21:16. Apa yg aku dapat dari mimpi tadi ialah,ABOUT MY EX BOYFRIEND! Ya ALLAH, tuhan yg tahu perasaan aku waktu ini. Sememangnya aku sangat rindukan dia! Dan aku rasa ini kali pertama aku mimpikan dia. Tapi… kenapa aku mimpikan dia? Adakah disebabkan perasaan rindu aku? Atau dia tengah ingatkan aku? Atau mungkin ini mainan tidur? Arghhhhhh! Aku pun xtahu la, sejujurnya memang rasa sedih yg menyelubungi aku pada waktu ini. Ya ALLAH kuatkan aku!. Aku mimpi pergi ke mahkamah untuk perbicaraan dia. Tapi... sepanjang perjalanan aku ke mahkamah dipenuhi dengan rintangan yg aku terpaksa hadapi, perasaan takut dan sedihnya aku dalam mimpi itu! Mesti korg tertanya2, mahkamah? Perbicaraan? Jawapan aku,Ya! Dia ditahan atas beberapa kesalahan dan perbicaraannya pada 2 hari yg lepas. Walau aku xpergi, tapi aku tetap dapat berita dari ‘seseorang’. Apa yg aku tahu, kesnya ditangguh! Hukuman belum dijatuhkan. Tapi… “kenapa aku mimpikan dia,xpernah2 sebelum ni mimpi”, persoalan tu masih berlegar-legar dalam fikiran aku. Walau hanya mimpi, aku rasa waktu bersama dia dalam mimpi tadi sedikit melepaskan rindu aku pada dia. Tapi… aku bingung.selepas mimpi ini adakah aku akan selalu doakan yang terbaik buat dia! Ya ALLAH, sememangnya itu berat buat aku! Aku tahu tidak elok mendoakan yg xbaik utk seseorang. Tapi… apa yg dia buat waktu kami bersama masih terpahat lukanya sehingga hari ini! Jadi macam mana aku rela untuk memaafkannya lalu mendoakan yang terbaik untuk dia. Aku xtahu sampai bila perasaan ini! Tapi… aku pernah berjanji pada diri ini ‘Dunia Akhirat Aku Tak Kan Ada Kata MAAF Buat Dia’. Maaf syg… luka yg kau buat dulu, belum ada penawarnya. Air mata yg mencurah dipipi aku kesat dan aku memujuk diri sendiri. Mungkin nota ini terpaksa aku hentikan untuk aku menenangkan diri. Assalamualaikum~


No comments:

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)