Sahabat Yang Terchenta

Tuesday 22 November 2011

Harimau Mengaummm! Woarrr!

Segala halangan dilalui Skuad Harimau Muda merebut takhta jagoan Bola Sepak Sukan Sea Indonesia 2011. Dalam tempoh itu, tekanan, dugaan dan cabaran dihadapi pemain negara dalam menempah slot ke final, berdepan dengan Indonesia malam semalam.

Harimau Muda & Garuda Muda berentap di Stadium Utama Gelora Bung Karno. Walau stadium dipenuhi dengan penyokong merah putih, harimau tetap mengaum dipadang.

Dan semalam terjawablah milik siapa ibu segala pingat. Dah pastinya pingat itu milik Malaysia! Woarrrrr!
Pastinya seluruh rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan Harimau dalam menentang Garuda. Apa yang ditengok semalam, pemain Malaysia agak gopoh sikit bermain, lagi2 Fakri yang banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol & ditambah pulak dengan pemain Indonesia yang agak kasar dipadang.

Sememangnya Fakri meletakkan Malaysia dalam keadaan tertekan semalam. Tapi syukur kerana kita ada keeper sehebat Khairul Fahmi yang menyelamatkan Malaysia & kredit jugak untuk Badrol Bakhtiar yang berhempas pulas dalam menentang Indonesia semalam. Jutaan Tahniah buat Skuad Harimau Muda!
Wira Negara!

5 comments:

  1. Go Harimau Muda..Miauu..miauu...

    ReplyDelete
  2. hari2 mau...ape pon syabas wat skuad harimau muda kite ni,berhempas-pulas,membanting segala tulang yg ada,menangkis sambaran Garuda sampai jd juara.(diorang balik naik ape ha semalam,x naik Barracuda ke?).mereka mmg berani bak rimau di betis apai tuk(iklan maybank kalu korang ingat versi iban)..gol penyamaan tu mmg mcm harimau menerkam mangsa...cayalah...pas ni jgn lupa wat n3 M'sia VS Syria pulak ye...

    ReplyDelete
  3. haha. miauu miauuu
    yeahhhhh! msia vs syria hari ni!
    harap dia dapat membaham pihak lawan :)
    insyaALLAH~

    ReplyDelete
  4. apekk tetap ensem!! :)

    ReplyDelete

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)