Sahabat Yang Terchenta

Thursday 24 November 2011

Harimau Tewas!




Mungkin faktor keletihan mereka yang memerah keringat di Jakarta membuatkan Harimau Muda tewas dengan Syria.

Walaupun tewas 0-2 dengan Syria. Semangat Harimau Muda dalam menentang Syria wajar dipuji! Keletihan & kelesuan yang nampak selepas 2 hari membanting tenaga merebut pingat emas sukan SEA.

Pada separuh masa pertama, Harimau Muda menunjukkan semangat juang yang cukup tinggi & separuh masa kedua sememangnya memberi tekanan pada Harimau Muda untuk menyamakan mata kedudukan. Tapi apa kan daya, 2 gol yang dibolos pihak lawan.

Malaysia akan bertemu Bahrain ditanah air sendiri pada ahad ni, harap mereka dapat menunjukkan taring & membaham pihak lawan. Sekalung doa & sokongan buat Harimau Muda! WOARRRRRRR!


No comments:

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)