Sahabat Yang Terchenta

Tuesday 15 January 2013

Sumbangan Untuk Anak Yatim


 
Salam


Disinilah tempatnya dimana para blogger yang terlibat akan mengadakan lawatan anak yatim. Event tersebut akan berlangsung pada 24 FEBUARI 2013. Kepada blogger yang ingin turut serta pada program tersebut nanti aku ucapkan ribuan terima kasih atas sukarela anda dalam menjayakan program ini.



Suatu ketika dulu, aku merasakan kehidupan aku cukup susah, bagi aku bila kita sudah berada di atas tetiba kita terjatuh ke bawah adalah sangat perit untuk kita bangun. Tetapi aku bersyukur di dalam kesusahan hidup tu aku masih mempunyai ibu bapa, sekurang-kurangnya kita mampu mengubah nasib ibu bapa kita.





Sebanyak mana pun duit yang dicari takkan boleh beli kasih-sayang ibu bapa, betapa untungnya kita berbanding mereka anak-anak yatim yang kehilangan tempat untuk bermanja serta kasih sayang seorang ibu dan bapa. Mungkin pada luaran senyuman gelak ketawa mereka sama macam kita tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa mereka dahagakan kasih sayang ibubapa.


Aku perhatikan satu persatu wajah anak-anak yatim ni, saat tu perasaan hiba,sedih sayu semua ada tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat mereka.

Sumbangan korang amat dialu-alukan, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban untuk menampung kehidupan seharian anak-anak yatim ini. Aku tidak memaksa, sekiranya ada rezeki lebih bolehla didermakan. Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik korang.

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima.

Sekiranya ada diantara korang yang ingin menderma walaupun sebanyak RM 1, kami menerima dengan hati yang terbuka dan semoga niat ikhlas untuk membantu anak-anak yatim ni diberkati amin !

No comments:

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)