Sahabat Yang Terchenta

Thursday 2 February 2012

Gerbang Cinta..


Hye Rearders! Eh ade lg ke readers2 kt sini? Yela,, lama menyepi je kan blog ni,,huhuu.. Sory la,, idea kering sangat dah ni,,hehee.. Ha ni entry khas untuk pasangan2 yang akan berkahwin xlama lagi.. Urm macam Bel0gkite Hanie tu :) Dia akan menamatkan zaman bujangnya pada 04 Februari 2012,,bahagia je tgk dia.. Selamat la ye :) Ok la,, Jom kita mulakan entry ni!

 Semua pasangan yang melangkahkan kaki mereka ke alam perkahwinan pasti bercita-cita untuk membina sebuah mahligai yang kekal bahagia dengan penuh keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH s.w.t..
        Tanamkan semangat untuk menjadi suami atau isteri yang soleh/solehah.. Hidup ni perlu ada tujuan dan matlamat kan? Pasti kita akan memastikan tujuan/matlamat kita tu tercapai.. Pasangkan niat korang masa korang berkahwin.. “Aku ingin bahagia bersama pasanganku dunia akhirat”.. “Aku inginkan anak yang ramai dan soleh/solehah”.. “Aku ingin menghadapi segala cabaran hidup bersama pasanganku,, biarlah apa jua yang bakal menjelma,, aku tetap akan setia pada pasanganku”.. Banyak lagi sebenarnya niat yang baik yang perlu kita tanamkan dalam diri masing-masing supaya perkahwinan kita mencapai kejayaan.. Jika niat baik,, InsyaAllah dipermudahkan oleh ALLAH.
        Masa bercinta,, perkelahian senang dileraikan.. Tapi,, bila sudah kahwin,, begitu susah untuk berbaik-baik semula.. Ingat,, bila korang dah berkahwin,, syaitan ada peranan barunya.. Masa bercinta dihasutnya kita berbuat dosa melakukan maksiat,, tapi bila dah berkahwin dihasutnya untuk kita bercerai-berai.. Jadi,, tekadkan diri korang dan pasangan supaya minimumkan perkelahian., Contohnya,,“aku akan pastikan bulan ni xde langsung pertelingkahan dengan pasanganku”.. Jika dah berjaya,, cuba elakkan pergaduhan untuk bulan seterusnya.. Lama-lama korang mungkin mencapai setahun atau dua tahun tiada pertelingkahan antara korang dan pasangan.. Korang sanggup sakitkan hati pasangan demi pertahankan ego korang? Xkan nak puaskan hati korang je? Fikirlah perasaan pasangan korang jugak.. Bukan ke korang nak kan kebahagiaan dalam perkahwinan? So,, xrugi pon kalau mengalah :)

Sweet je kan ;)

             Huh! Bercakap macam dah kawin je kan,,haha.. Bujang lagi ok! :p Ni tips-tips dari orang2 lama,, saja nak berkongsi.. Banyak lagi tips2 dorang sebenarnya,, Tapi nanti la,, next entry kite sambung ok.. Sememangnya tips orang2 lama sangat berguna untuk kita pada hari ni.. Sesuai untuk korang-korang yang akan melalui alam baru iaitu alam perkahwinan.. Jangan takut menghadapi cabaran di alam perkahwinan. .Ingatlah,, perkahwinan ni ada pahit dan manis.. So,, bersedialah untuk menghadapinya dan cubalah gunakan kepandaian korang untuk mengatasinya dengan cara yang betul dan memberi kebaikan kepada pasangan.. Jangan ingat bercerai perkara yang mudah untuk menyelesaikan masalah.. Banyak lagi kaedah yang baik untuk korang berdua selesaikan masalah.. Takkan korang nak sia-siakan masa yang korang habiskan selama korang kenal pasangan korang sebelum ni.. Kita inginkan kebahagian, jadi dapatkan kebahagiaan tu..

Bahagia kan? :))

2 comments:

  1. perghh belum kawin pandai berkata-kata,haha

    ReplyDelete

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)