Sahabat Yang Terchenta

Tuesday 8 November 2011

HELLO! "please... BE YOURSELF!"

"Be yourself' atau "jadilah diri kamu sendiri". Pengertian macam ni selalu dipakai sebagai alasan dalam pencarian jati diri. So, jom kita 'check' ape yang harus kita lakukan untuk menjadi diri sendiri.

BERHENTI MEMANDINGKAN DIRI 
SENDIRI DENGAN ORANG LAIN
Biasalah tu, kadang2 kita terlupa siapa diri kita yang sebenarnya. Ramai dikalangan kita yang terus menerus mengejar impian yg xpasti, yg mana akhirnya membuatkan dorang patah hati dengan kekurangan diri. Sebenarnya, dorang tu telah dimanjakan oleh fantasi menjadi orang lain. Kita tentunya pernah berhadapan dengan situasi ini. Tanpa disedari, kita sebenarnya terus menerus membandingkan diri kita dengan orang lain, untuk melihat apakah mereka tu lebih bijak, cantik dan sebagainya. Kita perlu menghentikan kebiasaan-kebiasaan seperti itu, kalau kita nak jadi diri sendiri!

PERLU GEMBIRA MENJADI DIRI SENDIRI
Bergembiralah! Xperlu malu dengan keadaan diri kita pada ketika ini. Kita xperlu menjadi orang lain untuk melakukan apa yang kita dapat lakukan. Buat je bila ada kesempatan untuk kita. Arthur Schopenhaeur pernah cakap; "Manusia merampas tiga perempat potensi diri mereka hanya kerana mereka berusaha untuk menjadi orang lain!"

JANGAN MEMANDANG DIRI TERLALU SERIUS
Kita pernah kena sindir dengan kawan2, atas sebab kesalahan yang kita buat? ape yang kita rasa? Mesti malu, kan? Berhari-hari pun perasaan malu tu xkan hilang dalam diri. Setiap kali teringat, mesti kita akan "makan hati"
Ini bermakna kita telah memandang diri kita terlalu serius. Apa yang kita buat sehari-hari bukanlah hal paling penting, tapi kita selalu beraksi secara emosional terhadap kesalahan2 kecik yang kita dah lakukan. Kita perlu 'mentertawakan kebodohan' yang dah kita buat kerana situasi ni akan membantu kita lebih menerima diri kita sendiri. Mentertawakan diri juga membantu kita berasa lebih kuat dan berani untuk mengakui kesalahan tanpa menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dah kita buat.

MEMBERI IZIN TERHADAP 
DIRI SENDIRI UNTUK GAGAL
Kegagalan yang dialami telah membuatkan kita rasa putus asa, dan setiap kali kita mengingatkannya kita jadi stress. Kita xpernah memalsukan kata-kata gagal dalam kamus peribadi kita. Akibatnya, kita akan terus menyalahkan diri kita sendiri.
Berhentilah menyalahkan diri kita sendiri kerana ia akan memberikan kesempatan buat diri kita untuk berkembang. Perasaan bersalah akan membuat fikiran kita menjadi sempit dan semakin susah untuk kita dapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

'SUKA' DIRI SENDIRI
Tuhan xmenciptakan sesuatu yang mirip dengan yang lainnya, banyak perbezaan pada setiap ciptaan-Nya, jadi cintailah diri. Setiap daripada kita diciptakan dengan penuh keunikan dan apa yang ada pada diri kita xkan ditemui pada orang lain. Kita xperlu risau dengan bentuk wajah atau tubuh kita sekarang ni. Menyukai diri sendiri bererti bahawa kita dapat menerima diri kita dengan seikhlas hati tanpa maksud membenci kekurangan-kekurangan secara fizikal yang ada pada diri sendiri. Terimalah seadanya, ya!

No comments:

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)