Sahabat Yang Terchenta

Wednesday, 9 November 2011

Catatan Buat 'BIE'

Bie...kenapa U berubah? Apa salah I? Sepanjang kita bersama pelbagai pengorbanan I lakukan untuk cinta kita. Pelbagai cara I lakukan untuk mempertahankan cinta kita, dan selalu berdoa agar kita akan selalu bersama. Tapi..U xhargai semua tu,U hancurkan hubungan ni!

Bie…U ingat tak macam mana kesabaran I menunggu U selama 3 tahun? Tiga tahun U,bukan 3 hari! I tutup pintu hati I untuk orang lain demi U. U lupa sejauh mana perjalanan I untuk mengikat simpulan kasih ni? U ingat tak betapa besarnya pengorbanan I untuk menyuburkan tunas cinta yang kita semai dulu? Kenapa racun berbisa yang U siram? Kenapa???

Bie...Kenapa dulu U sanggup mengucapkan kata cinta kat I??? kenapa U ukir kata-kata janji untuk I jadikan harapan? Sedangkan U belum pasti, belum yakin yang cinta itu dah datang. Kenapa U bina sebuah tugu kasih dalam jiwa I yang kosong ini, akhirnya U sendiri yang robohkan??? U kejam, U memang kejam!!!

Bie...I tak pernah terfikir ni semua akan terjadi, I tak pernah impikan kekecewaan dalam hubungan kita. Kenapa U tinggalkan I disaat rindu merah menyala??? Disaat I masih menyinta? Kesepian dan kerinduan kian menggamit perasaan, semakin hari semakin kuat rindu itu datang...I tak sanggup berpisah dengan U!

Bie...Dulu U pernah cakap, I lah insan yang paling memahami, insan yang paling mengerti, insan yang paling menyintai U...Tapi kenapa sekarang U yang berpaling arah? tak cukup ke dengan apa yang I bagi selama ni....kesetiaan? kejujuran? kasih sayang? Tak cukup ke bie? Apakah ada insan yang lebih sempurna dan lebih memahami diri U yang hadir merampas hati U dari I???

Bie...U dah hancurkan hati I, U dah menghancurkan impian I, remuk redam hati ni memikirkan harapan yang punah...I tak malu menyatakan yang I menangis hampir setiap malam mengenangkan kemusnahan ni...Pengorbanan yang sia-sia, yang tinggal hanyalah kenangan kita bersama yang sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatan I...Biarlah I terus macam ni. Dan untuk U, I xkan mungkin mendoakan yang terbaik untuk U, dan xkan pernah mendoakan kebahagiaan U bersama yang lain! Mungkin kejam bunyinya, tapi hanya DIA yang tau macam mana sakitnya i tanggung & biarlah DIA yang menentukan jalan hidup U.


*Luka semalam… menjadi parut hari ini,esok & selamanya.

2 comments:

  1. Rezeki, jodoh dan ajal semua ketentuan Ilahi. Kita hanya mampu merancang tetapi semua telah ditetntukan olehNya..sememangnya amat sukar untuk melupakan semuanya..tetapi kenapa kita perlu menanti sesuatu yang bukan untuk kita. Walau apapun terjadi, kita perlu meneruskan perjalanan hidup ini. Perlu buka mata hati, buka pintu hati untuk menerima orang baru dalam hidup kita. Tidak semestinya apa yang kita suka itu adalah yang terbaik untuk kita. Ingatlah bahawa ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Yang penting kita redha, sabar dan tabah dalam menempuh ujian dalam hidup. Sesungguhnya orang yang sabar itu akan menerima kemenangan yang paling manis dalam hidupnya. Asas paling penting, berusaha, berdoa dan bertawakal.

    ReplyDelete

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Teman sejati hanyalah amal :)